Saturday 6 December 2014

KEK CHEESE MELELEH

Assamualaikum...

Kali ini saya nak cuba resepi kek cheese meleleh dari .ustazahain.com ,tapi saya buat dua lapis untuk ketebalannya,lapisan yg kedua saya ubah sedikit untuk kelainan,mintak maaf ye ustazah...sebab saya guna loyang 9x3 rasa macam kurang tebal jd saya buat dua adunan..memang sedap boleh di jdkan resepi simpanan,biar pun ada olahan sedikit tapi yg penting basicnya dari pada ustazahain juga.. terimakasihmmmmn


Bahan-bahan                                     untuk lapisan kedua

80gram tepung gandum*-diganti        -80gm tepung hong kong  
20gram serbuk koko*-   di ganti         -20gm tepung jagung
60gram tepung jagung*diganti           -60gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovellet
100 gram gula halus
50gram air daripada peti sejuk          -tak payah
6 biji telur dan asingkan 2 biji putih telur. ( hanya perlukan 4 biji putih telur sahaja )
75 gram planta dicairkan
lapisan kedua di warna hijaukan dan telur 5 bj tanpa buang putihnya

Cara menyediakan :

1. Satukan telur,gula dan ovellet.
2. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga adunan gebu dan ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan koko powder yang telah diayak.
3. Masukkan planta cair dan  air kemudian pukul sebentar.
4. Sediakan loyang 10" x 10" yang dilampik dengan kertas kalis minyak dan oleskan dengan planta atau marjerin .
5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah dan boleh dibakar selama 40 minit.
6. Setelah masak biar sejuk dan belah dua kek tersebut.


Bahan B ( Cheese Melelah )

250 gram cream cheese
120 gram susu pekat manis
50 gram whip cream
( ustazah tambah sedikit susu cair agar tidak terlalu pekat )-saya tak letak

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Jika mahu tambah susu cair masukkan setelah adunan cheese selesai agar kita boleh mengagak kadar kepekatan yang sesuai.

Cara meletakkan cheese meleleh ialah dengan potong kek menjadi 2 bahagian. Letakkan cheese di lapisan pertama, kemudian letakkan selapis kek lagi dan tuangkan cheese m elelah lagi. Saiz bergantung kepada anda. Jika mahu letak di tupperware potonglah kecil2. Jika ingin sebuku kek tidak perlulah di potong.

Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

Lapisan ke 2 tu meh2 macam kek lapis je rasanya...yg ustazah punya lg lembut tapi gabungan yg berbeza tetap sedap dengan keju lelehnya...






No comments:

Post a Comment