Kali ini nak buat apam nasi,resepi nih saya ambik di menu bersama kak kam.Tapi saya olah dengan sukatan sendiri sebab hanya saya je yang suka apam ini...sukatan untuk sekali makan je...
apam ini buat pagi sampai petang masih lembut....
tapi tak secantik kak kam punya sb saya terlupa sapu minyak kat acuan ..padahal sudah di ingat oleh kak kam ..(kut langgar kaedah gak nya hu hu...)
INI sukatan saya;
BAHANNYA;
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar nasi
1 sudu besar yis
air secukupnya-untuk kepekatan adunan
kelapa putih di masuk sedikit garam
CARANYA;
Blend nasi,air,gula dan yis.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan tepung beras sedikit demi sedikit sambil di kacau rata,saya perapkan hampir 2 jam je selepas itu kalau suka masuk lah pewarna yg di sukai...
Panaskan kukusan, boleh lah disusun acuan lompang masuklah dengan guna sudu...boleh di kukus selama 15 minit,masak angkat sejukkan boleh di makan dengan kelapa putih yg di masukkan sedikit garam...(saya suka makan macam tu je..)
No comments:
Post a Comment