Friday 31 January 2014

KEK KEJU MELELEH

Assalamualaikum..
Bila malam2 gini terasa nak buat kek keju leleh,ya lah sebab duk belek2 blog kekawan terliur meleleh tengok,pendekata you all udah mahir,dan siap ambik tempahan,cuma saya yang ketinggalan nak membuatnya,tahu saja lah dalam bab2 kek yg bercheese ni boleh di kata saya berkerut dahi nk membuatnya..saya asyik tertangguh rugi jugak sebab ilmu di depan mata..tapi tengok stock bahan2 yg ada kat dapur tak cukup senarai..emm kira yg tak ada dalam senarai tu tambahan sendiri sebab excited nk buat jugak...
Bila tengok blog kekawan ramban mata saya,sebab bahan semuanya sama cuma cara cadangan hiasan tu lain2,saya suka tengok disini tapi saya buat pun main hentam bahan yg ada je,myb lain kali saya nak cuba yg terbaik hu hu.. ini adalah cubaan pertama saya

Resepi;NARIMAH ABDUL RAHMAN dan SHAKILA ABDUL RASHID
sumber;Rahel.Blogspot.com

Bahan-bahannya;
100gm tepung hong kong-kalau tak ada boleh guna tepung gandum
60gm tepung jagung*--xcukup stock 20gm lg saya ganti tepung ubi
1 sudu teh baking powder*
1 sudu besar ovelette
1gm gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk-air dari peti sejuk
75 gm mentega cair--saya ganti minyak canola je...

Cara-caranya;
Ayak dahulu bahan yang bertanda*.
mixkan semua bahan-bahan di atas kecuali mentega cair,pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150"c selama 45 minit.

Untuk krim ;
250 gm cream cheese
120 gm susu pekat manis
50 ml UHT whipping cream--x masuk -
*Mixkan semua bahan di atas sehingga sebati,adunan ini memang cair--tanpa UHT whipping cream adunan jd pekat--

Untuk hiasan;
1 buku (250gm) cheddar cheese diparut--saya ganti dgn slice cheese di cincang--

Caranya;
Kek yang masak tadi di sejukkan dulu kemudian di bahagikan 2 keping,tuangkan cream cheese  di atas kepingan pertama lapiskan dengan kek,tuangkan semua baki cream cheese tadi.parut cheddar cheese atas kek.--saya punya x leleh sangat apa2 pn terimakasih banyak2 pada tuan resepi semua--




potongan x cantik tapi sedap...

Thursday 30 January 2014

KUIH BAKAR BETAWI / BINGKA BETAWI

Assalamualaikum..

Tapai ubi dan tapai beras adalah kesukaan saya,apa tidaknya tiap kali pergi pasar saya mesti beli,hanya saya yang makan ..cik asben saya selalu mengeluh katanya kenapa lah jenis tapai ni jadi kesukaan saya ,memang lah breakfast pn saya makan tapai dulu(kalau ada) dari makanan lain tp makan cam tu je..nk wat pindang atau sira tak suka..
Yang sebenarnya tapai ni ada khasiatnya,saya sendiri pn baru tahu itupn suruh  tuan google carikan sebab sibuk cik asben kata kut mudarat selalu makan tapai....
Dalam duk tinjau2 resepi kakwan,(kut2 ada guna tapai) memang ada resepi yg bahannya ada guna tapai boleh jenguk kat disini,nampak bahannya pun ada dalam stock saya cuma cheese je yang tak ada .kasih banyak kakwan sudi kongsi resepi ,bagi saya semua resepi kakwan di antara yang terbaik dan sangat2 saya suka sebab saya tak mahir masak tapi kena masak hu hu...
Alhamdulillah menjadi jugak dan sedap ...cuba lah.

Sumber asal-resepi citarasawan

Bahan-bahannya;
200 gm tepung gandum
50 gm tepung kastard
100 gm gula pasir
300 gm tapai ubikayu manis dan lembut
300 ml santan KARA @ santan  kotak
300 ml air
1 sudu besar mentega cair
1/2 sudu teh garam
2 biji telur-di pukul ringan
500 gm parutan keju kraft
50gm parutan keju utk di taburan

Cara-caranya;
1.satukan tepung gandum dan tepung kastard,ketepikan
2.potong tapai kecil2 masukkan ke dalam pengisar bersama gula, air,  santan dan garam.kisar hingga halus dan masuk dalam bekas.
3.masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit,sambil di kacau dengan hand mixer,hingga rata masukkan parutan keju,mentega cair kacau sebati.
4.leser loyang dengan mentega cair,panaskan hingga minyak berdesir,kemudian tuangkan adunan hingga penuh.
5.bakar adunan 10 minit di rak tengah dengan suhu 190'c.keluarkan dari ketuhar taburkan parutan keju di atasnya.Bakar semula selama 20 minit sehingga atasnya keperangan.
6.biar sejuk boleh di potong dan di hidang.
**keju di ketepikan jika tak suka**



Saya punya tak secantik Kakwan,apa2 pun terimakasih banyak2,lain kali boleh ubah cara ini untuk tapai ubikayu....

B

Thursday 16 January 2014

LAMAN HIJAUKU

Assalamualaikum..
Semenjak musim hujan yang lalu rutin dilaman  terbatas ,banyak pokok bunga rosak kerana terlebih air.
Alhamdulillah beberapa hari ni cuaca nampak cerah,semangat nak berkebun bunga mula tercetus dek kempunan hampir sebulan lebih..akibat musim hujan.
Selalu pergi menjenguk nursery bunga kawan hati duk terngigau imagin bunga-bunga yang berkenan..
Nasib baik la  nursery ni kawan punya,bolehlah beli dengan harga ahli  he he..... jangan marah NDASU.

Kalau bercerita hal- hal  bunga  memang seronok biar pun bukan semua nama-nama bunga diingat dan ada yang tak tahu hu hu.. kata orang minat sangat2 bunga boleh jadi terapi,hilang strees dan boleh jadi penawar pada yang ada penyakit memang terbukti pun sebab ada orang yang alami bagitahu cik Asben saya....

Bila nak berkebun pun satu hal,bab2 angkat pasu ni kena tunggu my hero balik kalau tak tercungap2 angkat sendiri sebab tabiat tak sabar saya nak semuanya teratur..kalau suruh cik asben hu hu jangan harap sebab dia minat tanam pokok buah buahan je...bukan apa bila dah tua gini angkat pasu pun dah sakit pinggang,sebab tu anak2 pesan tunggu dia balik baru boleh atur pasu2 tu tempat saya suka..aduii mana uminya boleh tunggu sebab perasaan tak sabar tu la...

Biasanya aktiviti servis bunga ni saya lakukan waktu pagi,kadangkala petang dan malam..masa waktu pagi saya set untuk 3 jam servis laman seawal 7.15 selepas ucap bye-bye pada cik asben pergi kerja,kalau sebelum ini selepas urus cik asben,hantar si bongsu ke sekolah sampai rumah terus servis laman kejar masa sebab rutin lain pula...sekarang Alhamdulillah  sibongsu sudah masuk asrama..masa untuk berbungaan terluang...

Inilah sebahagian laman saya yang sempat si angah snap nga teponnya taklah menarik sangat tapi ia satu kepuasan pada saya dalam menguruskannya,apa-apa pun kita ikut kemampuan kita dalam kehidupan rumahtangga agar hati senang hidup bahgia..InsyaAllah.


red indian

tak tahu lagi nama orkid ni,tapi ia paling mahal saya beli



sebahagian orkid yang saya ada,itupun baru nak bermula mengumpul spesis orkid...
















sebahagian yang berbunga


Ini pula gambar yang saya ambik tempat nusery bunga kawan saya,selalu nya tempat ni saya jadikan persinggahan saya kala boring,ya lah tak ada sapa2 kat rumah..lagipn rutin lain sudah beres..kadang kami bekerjasama bila mengatur pokok2 bunga di nursery tu...nama lagi bes fren mesti muafakat membawa berkat...

.









AYAM GORENG-mudah dan sedap

BAHANNYA;
2 keping dada ayam-di potong memanjang
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili kering
1 sudu teh serbuk kurma @ kari
2 sudu besar serbuk goreng ayam adabi
garam,minyak untuk menggoreng
*1 labu bwng besar dan beberapa biji cili padi hijau-di potong2-

CARANYA;
Ayam yang telah di potong dibasuh dan toskan airnya.
Bahan-bahan serbuk tadi disatukan,masuk garam secukup rasa,ambil ayam tadi di golek-golekkan biar rata dan bersalut bahan serbuk tadi .
Perap 20 minit,panas minyak gorenglah ayam tadi hampir2 garing saja,angkat goreng pula bawang besar dan cili yang di potong tadi separuh garing,angkat tabur atas ayam tadi..boleh dihidang.


 siap diperap



boleh dihidang

Friday 10 January 2014

KEK PISANG-lagi

Assalamualaikum...selamat petang.

Asyik2 kek pisang je,..yer lah pisang dah ada dari duk bazir baik buat apa2 yg patut,anak2 semua tak ada aba nya la tukang perabis.
Kek ini tak lah muak dan tak berlemak sb guna minyak masak,kalau sempat simpan satu hari lg elok nampak lembab.Kek ini sebenarnya tak lah susah sangat janji jangan tinggal soda bicarbonat tapi saya masuk sikit je sebab kurang suka dengan baunya ,rasanya kalau tak guna sukatan pn jadi iaitu agak2 je.
Yang ini saya olahkan dengan masuk bahan2 tambahan..emm sedap juga dengan aura peanut butter  nampak berbaloi juga olahan saya.
Dan bolehlah dimasuk dalam resepi dapur...meh lah buat dan rasa.

BAHAN-BAHAN
2 cwn gandumn
1 cwn gula halus
4 biji telur AA
2 sudu susu pekat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
2 cwn pisang yg telah di lenyek
1 sudu besar peanut butter
1 sudu teh overlette

CARANYA
Tepung gandum di ayak dgn baking powder dan soda bicarbonat-ketepikan
Pukul telur dgn gula dan overlette hingga kembang masuk susu pekat pukul lg masuk peanut butter pukul rata,masuk pisang yg di lenyek tadi dan masuk gandum sedikit demi sedikit,akhir sekali masuk minyak masak sambil di pukul sebati,sapu loyang 9x3 dengan butter boleh lah di bakar dalam oven dengan api 170" selama 1jam 20 minit @ tunggu sehingga kek betul2 masak .









Thursday 9 January 2014

TILAPIA MASAK MERAH MANIS

Assalamualaikum...

Menu lauk makan tengahari  kami di gandingkan dengan lauk sampingan,yang very simple kala mood tak rajin...tengoklah ;)

BAHANNYA
1 ekor tilapia yg sederhana besar-dilumur garam kunyit)
4 ulas bwng putih*
1 labu bwng besar*
1 sudu besar cili giling(sya lebih suka lada kering yg di kisar halus)
1 sudu besar sos tiram
1/2 cwn sos pencicah-sos cicah keropok la..
1/2 cwn air
secukup minyak masak
sedikit gula melaka- 1nci je
secukup serbuk ikan bilis
-Bahan yng bertanda * di hiris2 je...

CARA-CARANYA
Panas minyak goreng ikan yang di lumur garam kunyit td sehingga separuh garing masak angkat ketepikan.
Dengan minyak yang sama-klu banyak buang separuh-tumis  cili giling tadi biar masak baru masuk bahan-bahan yang dihiris tadi ,kacau2 biar hampir nak garing masukkan air,sos pencicah dan sos tiram.
Perasakan dengan serbuk ikan bilis,gula melaka,kacau2 rata bila hampir pekat masuk ikan yang di goreng tadi ,perlahan-lahan balik-balikkan ikan tadi biar rata sos menyeliputi ikan,angkat dan hias dengan cili kecil boleh lah dihidang....






Geramnya akibat duk nulis resepi ni..sotong yg saya  masak utk si bongsu kehangitan huhu..peringatan utk diri ,agaknya jangan" ralik" sangat  masa ngadap latop....

Sunday 5 January 2014

JENGUK2 WAKTU PAGI

Assalamualaikum....

Alhamdulillah pagi yang damai ini tuhan anugerah kita bangun dan sihat...
Di alam ini penuh keindahan dan kepermaian yang melahirkan rasa keriangan dan kemeriahan yang seluas-luasnya,semua ini boleh dirasai  hambanya .
Sesiapa yang membawa dalam jiwanya keindahan dan kasih sayang di mana saja dia melangkah pasti dia akan lebih siratulrahim dengan orang-orang yang sekelilingnya,tapi jika ia bawa sikap bermusuh dan prasangka pasti dimana  ia berada keadaan hati tak akan tenang...

Untuk menyuci hati ia bermula dari akar umbi lagi,sukarnya kerana kita bertarung dengan nafsu kerana nafsulah puncanya diatas kesilapan kita kerana nafsu banyak ragamnya...

Dunia sekarang terlalu banyak pergolakkan-dunia akhir zaman..cubaan semakin banyak pada kita hambaNya..Disini kita kena sedar dan celik hati untuk kearah kebaikan yang di rehdai dunia dan akhirat.
Dalam pembentukkan peribadi kita dan keluarga kita,berusaha membaiki diri dan jaga iman.

Sikap menghayati kejadian tuhan boleh membuka hati dan merasakan diri kita terlalu kerdil di bumi tuhan.
Tiap manusia tak lari dari kesilapan..hadirnya kesedaran membaiki hati..
Yang penting.. lawan nafsu baiki hati....sekian

WASALAM

Friday 3 January 2014

NASI TOMATO AYAM

Assalamualaikum,..salam tengahari -:)

Hari ini jumaat,seperti biasa saya akan masak nasi utk makan bertalam (satu bekas steel yg biasa di guna angkat hidangan,cara makan mcm ni biasa di amalkan di pondok2)-sudah kebiasaan bila semua anak2 ada terutama satu kali seminggu-jadi nasi yg saya masak biasanya nasi tak banyak menu contohnya nasi minyak,tomato atau sebagainya.
Kali ni saya nk masak nasi yg saya ambik resepi dari ustazah tempat saya mengaji-biasa la habis ngaji kami borak2 tentang rutin harian termasuk hal masak2.
Nama resepi ini pn main hentam je kira ikut bahan dalam tu, lepas tu saya olah sendiri dengan tambahan lain.
Seronok makan hujung minggu nga anak2 satu talam licin habis hingga menjilat jari ;).
Esok mereka akan bertolak tempat belajar masing2,...malam nanti cik Asben nk ajat pergi makan ikan bakar pula sebelum anak2 berangkat...Alhamdulillah segalanya di permudahkan.

Mai jengok resepi jap-

BAHAN-BAHANNYA;-untuk nasi-
1 kilo beras basmati-saya tak ada stock guna beras wangi je
8 ketul ayam-terpulang nk potong kecil @ besar
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
4 -5 biji tomato masak *
serba sedikit rempah kasar kulit kayu manis,buah pelaga,cengkih dan bunga lawang
2-3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar serbuk rempah kurma-di bancuh dgn air
1 sudu besar susu tepung-di bancuh dgn air
garam dan serbuk pati ayam
bahan yang bertanda *di hiris bulat

CARA-CARANYA;
Panas minyak masak dan minyak sapi tumis bahan rempah kasar dan bahan di hiris tadi *goreng sampai layu dan naik bau, masuk serbuk kurma tadi kacau2 pecah minyak masuk ayam-biarkan ayam masak-
bila ayam masak masuk bancuhan susu tepung tadi,garam serbuk pati ayam dan beras yg tos tadi serta air secukupnya agak2 jangan bagi nasi lembik.
Nasi di kacau agar rempah tadi rata dan tutup periuk tunggu nasi kering,sambil itu di kacau balik kan.
Tunggu hingga masak angkat.-hiaslah dgn kismis ,daun sup dan bwng goreng .



BAHAN UNTUK SAMBALNYA;
4 biji tomato hijau
2 biji lada besar hijau
4 biji cili api @ cili jarum hijau
1 biji bawang besar
garam ,gula,serbuk pati ayam-masuk secukup rasa-

#-Di campur semua bahan-bahan ini di blend tanpa air,ketepikan.



BAHAN UNTUK SUPNYA;
1 biji ubi kentang*
1 biji karot*
1 labu bawang besar*
1 ulas bwng putih-di cincang
1 sudu sos black pepper
air secukupnya
sedikit garam dan perasa

#Bahan-bahan yg bertanda * di potong kiub,masuk kan semua bahan2 tadi dalam periuk  masukkan air anggaran berkuah,renehkan atas api tunggu masak angkat.



BAHAN UNTUK ACAR TOMATO;
5 biji tomato merah *
1 labu bawang besar-boleh di ganti beberapa biji bwng merah*
4 biji cili api hijau-nk pedas lebihkan
1 biji lada besar merah
1 sudu besar pati asam jawa
1 sudu besar budu-boleh ganti belacan
garam,gula,serbuk pati ayam secukupnya
1/2 cawan air suam

CARANYA;
Potong  kiub bahan2 yang bertanda *,dua jenis lada tadi di hiris-hiris halus ketepikan
Bancuhkan pati asam jawa tadi dgn air,masuk garam ,gula dan serbuk pati ayam secukup rasa,
kacau hingga hancur masukkan air dan bahan yang dipotong tadi ,
Masuk budu kacau2 sebati dan ketepikan 10 minit sebelum makan.



Tambahan lain-saya selalu sertakan ikan kering @ telur jeruk-menu wajib cik asben makan dgn nasi macam ni-