Wednesday 31 December 2014

UBI KAYU REBUS dengan KARI AYAM

Assalamualaikum,selamat pagi...
Menu pagi ni ringkas je,musim hujan gini semua nya teringin belako,tapi jenuh jugak cari ubi kayu ni sebab laris,musim ni semua orang selera agaknya dengan ubi kayu ni...biasanya ubi kayu paling simple rebus je,makan dengan kari ayam,sambal bilis ,kelapa parut,sambal ikan dan dengan macam2 lauk,sebab ubi ksyu ni sedap dengan apa pun....kalau buat kuih lagi sedap...

DONAT GEBUS

Bahanya.:
4 cwn tepung pau
1 cwn air sejuk
1 sudu besar yis
1sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh baking powder double action
1 sudu besar planta
sedikit garam
gula halus secukup utk donat
Caranya;
Air sejuk td di masukkan yis,biarkan sekejap...
Tepung pau,susu tepung,baking,gula,sikit garam di satukan,masuk planta gaul rata macam serbuk roti gitu....
Masukkan air yg beryis tadi gaul2 hingga jadi doh,perap 1jam bila naik uli lg biar angin keluar  (tumbuk2),..boleh lah di canai tekan acuan donat,tangan tu bermain dengan tepung gadum la sikit supaya donat nampak comel...(saya punya gentel bulat2 buat lubang di tengah , malas nk menekapnya).
Boleh lah panas kan minyak  goreng la dengan api slow dan rajin2 balik balikkan agar masak sekata...angkat,tunggu suam sikit ayak gula halus atas donat tadi.... 
#Setiap kali saya buat donat,bahan2 ada tak sama tapi tetap menjadi dan gebus,saya jarang guna acuan sebab buat dalam kuantiti yg sedikit je...#



Sunday 28 December 2014

KEK BAULU

Bahannya.-:
A
3 biji kuning telur
30 gm gula halus
1 sudu teh susu tepung.-di bancuh dgn air di jdkan 40 ml air susu
40 ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila

B
60gm tepung gandum
20gm tepung kastard      #4 bahan ini di ayak#      
20gm tepung jagung
1 sudu teh baking powder

C
3 biji putih telur
60 gm gula halus

Caranya:
Panaskan oven ,180 celcius...(agak2 dgn oven masing2)
Bahan A tadi pukul merah telur dgn gula biar putih,masuk air susu tepung,masuk minyak,masuk esen vanila,pukul hand whisk je...
bila sebati masuk tepung yg di ayak tadi sedikit demi sedikit kacau rata ketepikan dulu.
Dalam bekas lain pukul putih telur dgn gula halus hingga bertanduk,boleh lah di campur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi,masuk dalam acuan bentuk bulat atau paper cup ( yg keras sikit tu) boleh lah di bakar selama 30 minit @ hingga masak..

# baru perasan bahannya lebih kurang sama dgn hokaido kek ,chifon kek ada juga panggil kek span...lain  kali ble try buat hokaido kek ,sebelum ini tahu makan dan buat sukatan agak2 je,dan sebelum ini pun sya panggil kek baulu sb lebih kurang seperti baulu he he....#

Sunday 21 December 2014

NASI DAGANG GANU simple

Assalamualaikum..

Pertama, terimakasih my best friend faridah yang bagi resepi wat nasi dagang ganu ni (kawan duk ganu dulu2) sampai sekarang keluarga saya suka sangat dengan nasi dagang ganu, tiap raya memang ini menu utama pagi raya..,tapi saya olah sikit resepi nya (tanpa resepi faridah tak pandai nk mengolahnya)...kira mudah bagi saya nak membuatnya....terutama waktu nak breakfast,semestinya anak2 dan cikAsben nak isi perut awal2 ya la kut2 gastrik mudah menumpang...

Di sini resepi cara faridah;- (utk  5kg)
5 kg beras wangi
1 pot beras biasa
1kg pati santan-masuk sikit garam
air-agak2 le jgn banyak

 Bahan di bawah agak2 je la;-
bawang merah----
bawang putih-----di hiris
halia-----
halba-secukupnya

Caranya;
Beras di rendam semalaman,(cuci dlu le...)
Panaskan kukusan,kukus beras tadi 15 minit,
Angkat,di kacau (ganu n kelate panggil aron) dengan air biar rata.
Kukus balik 10 minit lagi,selepas itu buka tudung kukusan tabur bahan hiris tadi dgn halba
jangan lama 2 minit cukup,angkat masa nasi panas2 boleh lah di kacau (aron) dengan pati santan tadi sambil di tabur gula (sikit je) ambik rasa he he..
kacau2 biar betul rata atau nampak minyak santan keluar..siap boleh di hidang dengan kari ikan tongkol,kari ayam,kari telur atau apa2 lauk yg di sukai,jangan tinggal dengan acar timunnya...

Disini resepi olahan saya;-
1 kg beras wangi
1/2 cwn beras pulut
2 cwn pati santan-nk lemak boleh tambah
1 cwn air

bahan hiris-agak2 juga
Bawang merah,bawang putih,halia.
Sedikit halba
garam,gula secukup rasa

Caranya;-
Beras di rendam (saya rendam 1 jam je).
Panaskan kukusan ,kukus beras tadi 15 minit,angkat kacau dengan air,kukus semula 10 minit.
Angkat, bolehlah di kacau dengan santan ,bawang merah ,bawang putih dan halba masuk sekali dengan sikit gula dan garam kacau biar rata,boleh kukus semula 10  minit lagi ..boleh tutup api .
Siap makan le dengan lauk2 yang di sebut tadi


permintaan anak2 utk makan dgn kari ayam



***Kadang2  terlalu nak cepat saya rendam 1/2 jam je beras tu,(biasanya dalam kuantiti yg sedikit )
      Dan masa kukusan pertama 15 minit, bila hampir nak angkat saya terus masuk bahan hiris dan
      halba, maknanya,saya tak kacau dgn air masa kukusan pertama..
      Bila angkat saya cuma gaul dengan pati santan (yg di panaskan dulu ,sekali mendidih je..)    
      Sekali dgn santan itu,masukkan sikit garam dan gula,(masa nasi panas2)...siap boleh makan***

Begitu lah cara saya...mungkin tak sama cara anda,tapi apa2 pun tetap NASI DAGANG yang memang kami suka ,buat pun tak lah cerewet sangat...selamat mencuba

  




Thursday 18 December 2014

APAM KELEDEK BIRU

Assalamualaikum..
Mencuba buat apam keledek biru,kebetulan stock ubi ada lagi...












BAHANNYA;
240 gm ubi keledek biru -siap di lecek
1 cwn tepung  gandum
1/2 cwn tepung beras
1 sudu teh yis
1 cwn santan
1 cwn air
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula
sedikit garam
kelapa parut-utk makan dgn apam

*jgn lupa acuan sapu minyak*
*kelapa parut kukus sekejap utk elak cepat masam*
CARANYA;

Satukan tepung gandum,tepung beras,baking powder juga ubi keledek,masuk serbuk yis sekali dengan santan dan gula sikit garam,kacau2 rata masuk air sebatikan...
Rehatkan adunan 1 1/2 jam.
Panaskan kukusan,masukkan adunan dalam acuan yg di sukai kukuslah hingga masak...
Sejukkan dulu baru keluar dari acuan ,boleh lah di makan dengan kelapa putih yg di gaul sikit garam....

DONAT UBI KELEDEK BIRU








BAHANNYA:
1cwn tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis
1/2 cwn susu segar
1 sudu besar planta-jgn bnyk sgt
140 gm ubi keledek biru-siap rebus dan lecek

CARANYA;

Satukan yis dengan susu segar,biar sekejap..ketepikan.
Satukan tepung gandum,baking powder,gaul dengan planta tadi juga masukkan ubi keledek yg di lecek tadi ,masukkan susu campur yis tadi gaul rata dan ulilah sampai sebati...bila jadi doh tutup dengan tuala lembab rehatkan 1-2 jam.
Bila adunan  naik uli sambil tumbuk2 keluar angin,boleh di tekan acuan donat (sy gentel bulat2 dgn tangan je,dapat 8 biji besar ).
Panaskan minyak goreng lah macam biasa,masak angkat tabur gula halus....


Tuesday 16 December 2014

APAM MILO

Assalamualaikum...
Apam milo yg di buat pg tadi ,masih lembut sampai ke petang... tp cik Asben dan anak2 tak suka  jenis apam2 nih ..



adunan terlimpah acuan naik tak sekata,,,


bukan banyak pun dapat 10 biji je..

 BAHANNYA;
1cwn tepung gandum
2 sudu besar milo
1sudu kecil yis
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu gula
1 sudu susu tepung
1 cwn air

CARANYA;
Satukan tepung gandum.susu tepung,milo,baking powder dan yis dalam satu bekas,masukkan air sambil di kacau2 rata biar sebati rehatkan 1 jam.
Panaskan kukusan, masuk adunan dalam acuan kuih lompamg yg di sapu minyak,kukuslah hingga masak,sejuk dulu baru keluarkan dari acuan...

Monday 15 December 2014

APAM PISANG





BAHANNYA;

200 gm pisang kapas
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil teh yis
2-3 sudu gula perang
1 cwn air
1/2 sudu kecil baking powder

CARANYA;

Blend pisang,gula,air dan yis,...dalam bekas masuk bahan blend tadi dan masuk tepung gandum dan baking powder ,kacau rata ..rehat 2 jam
Panaskan kukusan,sapu acuan lompang dengan minyak masak, masuk adunan tadi kukus hingga masuk,tunggu sejuk untuk keluarkan dari acuan....

Sunday 14 December 2014


Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter,harap-harap tak keliru lagi bagi saya yg masih belajar nak "uli-uli" adunan...t,kasih banyak kak kam atas info ini....
TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter

SEDUTAN DARI CERAMAH DATO' ISMAIL KAMUS

NABI SULAIMAN MENGUASAI JIN
Jin tidak mengetahui alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,pembohong...

Sirahnya...apabila nabi sulaiman  memerintahkan jin untuk membina istananya,sehingga Nabi sulaiman meninggal pun jin tidak perasan(tidak tahu).Semasa itu Nabi sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya,sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi sulaiman pun jatuh,maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi sulaiman telah mangkat.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum duduk rumah baru ,di galakkan baca surah al-baqarah sehingga selesai.Jin akan lari..tak perlu tepung tawar  sebagaimana tabiat orang kita yang suka sangat menepung tawar..
Jika anak menangis tengah2 malam,azan kan  7 kali hingga 10 kali,baca ayat kursi dengan 9 kali henti (tekniknya) untuk merawat orang yg di rasuk...

Segala puji bagi ALLAH,tuhan yang menyatakan;-yg bermaksud

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia,menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan jin,kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"
                                                                        (Surah al-jin:6)

Maka marilah kita sama2 bergantung harap hanya pada ALLAH,yang memiliki alam ini...mudah-mudahan segala amalan kita di redhai ALLAH...amin.


Saturday 13 December 2014

APAM NASI LAGI

Assalamualaikum..

Pertama kali buat, boleh di kata menjadi juga lah apam ini sebab lembut sampai ke petang,ianya sejenis kuih yg senang dan gerenti jadi...seronok juga saya membuatnya sebab dalam masa singkat je,,(cuma perapnya ambil masa) tapi dalam kuantiti yang sedikit pun berbaloi juga ...sebelum ini  saya tak sapu minyak apam tak lah licin molek,tapi yg ini baru ingat nk sapu minyak...

warna boleh di perbagaikan...




walaupun ada yg mekar atau tak apam ini tetap lembut 




APAM NASI

Assalamualaikum...

Kali ini nak buat apam nasi,resepi nih saya ambik di menu bersama kak kam.Tapi saya olah dengan sukatan sendiri sebab hanya saya je yang suka apam ini...sukatan untuk sekali makan je...


apam ini buat pagi sampai petang masih lembut....
tapi tak secantik kak kam punya sb saya terlupa sapu minyak kat acuan ..padahal sudah di ingat oleh kak kam ..(kut langgar kaedah gak nya hu hu...)

INI sukatan saya;
BAHANNYA;

3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu besar nasi
1 sudu besar yis
air secukupnya-untuk kepekatan adunan
kelapa putih di masuk sedikit garam

CARANYA;
Blend nasi,air,gula dan yis.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan tepung beras  sedikit demi sedikit sambil di kacau rata,saya perapkan hampir 2 jam je selepas itu kalau suka masuk lah pewarna yg di sukai...
Panaskan kukusan, boleh lah disusun acuan lompang  masuklah dengan guna sudu...boleh di kukus selama 15 minit,masak angkat sejukkan boleh di makan dengan kelapa putih yg di masukkan sedikit garam...(saya suka makan macam tu je..)

Thursday 11 December 2014

SAYUR lemak LABU

BAHANNYA;
700 gm labu yg siap di potong
1 cwn pati santan
2 cwn air
9 biji bwng merah
1 sudu kecil lada hitam
1sudu kecil serbuk kunyit
sedikit udang kecil dan isi ayam -nk tambah pun ok jgak
garam gula,dan serbuk pati ayam



CARANYA;

Bawang merah dan lada hitam di tumbuk separuh lumat.masukkan dalam periuk sekali dengan pati santan,air,serbuk kunyit ,isi ayam dan udang kecil tadi,masak atas api biar hampir mendidih baru masukkan labu yg di potong tadi perasakan garam ,gula,dan serbuk pati ayam,.dan masuk lah lada hijau,jangan biar labu hancur,..bolehlah angkat

KUIH BELIMBING @ churros

Assalamualaikum salam jumaat yg penuh berkat...

Hari ini sempat juga buat kuih belimbing nih,walaupun anak2 kata sangat berminyak ,sebab kandungan nya ada planta dan bergoreng pula...kuih nih saya baru tahu namanya 'churros'..saya selalu buat guna sukatan  agak2 je.. selalu  guna butter @ planta...cara nya sama saja....

Ini sukatan resepinya;-

Bahannya;
2 cwn air
2 sudu besar planta
3 cwn tepung gandum
2 biji telur
sedikit garam

Caranya;
Didihkan air,masuk planta @ butter,sedikit garam,bila planta tadi cair,slow api masuk tepung sedikit demi sedikit,sambil di kacau jangan bagi berketul dan selalu kacau,bila nampak tepung tak melekat di periuk, tutup api,kacau lagi..biarkan ia sejuk,
Bila sejuk masuk telur satu2 sambil di kacau rata dan sebati...panaskan minyak..boleh lah masuk dalam acuan bintang @ semperit tekan dalam kuali,balik2kan masak angkat...bolehlah ditabur gula halus ...











Tuesday 9 December 2014

KUIH LEMBIK @ KUIH TANGKUP

Assalamualaikum...






Kuih ini anak2 suka klu jumpa kat kedai mesti beli,.anak2 panggil kuih lembik ,tapi bila search dalam google rupanya ada macam2 nama... sudah lama nak belajar buat asyik tertangguh je,tapi resepi ni kena cari nga pak cik google dulu,dalam duk tercari jumpa la dalam fb.....terimakasih lah friend fb.. dalam status awak share resepi ni...senang tak payah saya cari2 lg...ini kira firts time cuba membuatnya tak tahu la jadi ke tak tapi dengar pendapat anak2 diorang kata" ok dah umi,cuma nape intinya kurang manis"? ini lah komen jujur anak2 ,emm ..alah tak kan tak tahu umi ni baru belajar buat ,...terimakasih banyak  empunya resepi....(menu bersama kak kam)


INI RESEPINYA-saya copy je...
bahan kulit
2 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan air
sedikit garam
1/2 sudu kecik soda bikabonate
1 biji telur
1 sudu kecil bakg powder
sedikit pewarna kuning
cara;
Ayak tepung dgn soda. bikabonate dan baking powder...
Campur semua bahan adun sebati...
Rehatkn sekejap... sementara sediakan kuali yg tak melekat... klulekat sapu minyak sedikit...
Kacau semula dan masak mcm buat kuih dadar.,,.. api kecil


Cadangan inti kak kam ada 2 jenis saya ambik satu yg anak2 suka je....


intinya(2)
2 biji telur
2 cwn santan -sy ganti susu cair
3/4 cwn gula
2 camb tepung kastard
2 camb tepung jagung
daun pandan -sy ganti sirap merah
secubit garam
sedikit pewarna iku suka

Cara

Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata.
Campur daun pandan.
Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat dan
sejuk sebelum. diletak atas kulitnya dan tekan dgn garfu -saya punya lipat dan tekan je...

KEK MENTEGA MABLE SUSU

Assalamualaikum...



BAHANNYA;-

250 gm mentega
200 gm gula  halus  
250 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*-di ayak bersama
4 biji telur A
50 gm susu pekat
100 gm susu cair
1 sudu teh serbuk koko
1sudu pes coffee  emulco

CARA_CARANYA-;

Pukul mentega ,gula biar putih,masukkan telur pukul lg ,biar kembang dan gebu..
Masuk susu pekat,pukul lg,masukkan tepung yg di ayak tadi berselang seli dengan susu cair,
Bagikan dua adunan,satu asal dan satu di campur serbuk koko dan emulco coffee,sapu loyang dengan mentega lapik kertas baking,masuklah adunan tadi selang seli ..bakar 45 minit dengan api 180 celcius atau mengikut suhu oven anda,selamat mencuba...




Saturday 6 December 2014

KEK CHEESE MELELEH

Assamualaikum...

Kali ini saya nak cuba resepi kek cheese meleleh dari .ustazahain.com ,tapi saya buat dua lapis untuk ketebalannya,lapisan yg kedua saya ubah sedikit untuk kelainan,mintak maaf ye ustazah...sebab saya guna loyang 9x3 rasa macam kurang tebal jd saya buat dua adunan..memang sedap boleh di jdkan resepi simpanan,biar pun ada olahan sedikit tapi yg penting basicnya dari pada ustazahain juga.. terimakasihmmmmn


Bahan-bahan                                     untuk lapisan kedua

80gram tepung gandum*-diganti        -80gm tepung hong kong  
20gram serbuk koko*-   di ganti         -20gm tepung jagung
60gram tepung jagung*diganti           -60gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovellet
100 gram gula halus
50gram air daripada peti sejuk          -tak payah
6 biji telur dan asingkan 2 biji putih telur. ( hanya perlukan 4 biji putih telur sahaja )
75 gram planta dicairkan
lapisan kedua di warna hijaukan dan telur 5 bj tanpa buang putihnya

Cara menyediakan :

1. Satukan telur,gula dan ovellet.
2. Pukul dengan kelajuan yang tinggi hingga adunan gebu dan ringan.
3. Masukkan tepung gandum dan koko powder yang telah diayak.
3. Masukkan planta cair dan  air kemudian pukul sebentar.
4. Sediakan loyang 10" x 10" yang dilampik dengan kertas kalis minyak dan oleskan dengan planta atau marjerin .
5. Panaskan oven dengan suhu 160 darjah dan boleh dibakar selama 40 minit.
6. Setelah masak biar sejuk dan belah dua kek tersebut.


Bahan B ( Cheese Melelah )

250 gram cream cheese
120 gram susu pekat manis
50 gram whip cream
( ustazah tambah sedikit susu cair agar tidak terlalu pekat )-saya tak letak

Cara Menyediakan

Satukan semua bahan dan pukul hingga sebati. Jika mahu tambah susu cair masukkan setelah adunan cheese selesai agar kita boleh mengagak kadar kepekatan yang sesuai.

Cara meletakkan cheese meleleh ialah dengan potong kek menjadi 2 bahagian. Letakkan cheese di lapisan pertama, kemudian letakkan selapis kek lagi dan tuangkan cheese m elelah lagi. Saiz bergantung kepada anda. Jika mahu letak di tupperware potonglah kecil2. Jika ingin sebuku kek tidak perlulah di potong.

Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.

Lapisan ke 2 tu meh2 macam kek lapis je rasanya...yg ustazah punya lg lembut tapi gabungan yg berbeza tetap sedap dengan keju lelehnya...






UNTUK KESIHATAN...

Assalamualaikum...



Bercakap mengenai suplemen saya sendiri tak berapa lengkap ilmunya,cuma dapat info pun dari doktor dan dari magazine je..tapi ilmu yang sedikit dapat saya manfaatkan untuk diri sendiri...
Beberapa tahun sudah saya amal makan EPO (evening primrose oil) ,tapi bila makan suplemen ni kita perlu minum air yang banyak,macam biasa la kalau boleh 8 gelas dalam satu hari..di samping buahan dan sayuran...

Bagi saya nak kata terlalu fit dengan peraturan tak juga sebab kadang tak ingat..terutama bila perut mula berbunyi dah tak ada warning lagi,kasi makan mana yang ada je...itu pun pengambilan nasi satu kali sehari je (bunyi satu kali sehari tapi bila makan mau 2 pinggan) ...

Saya ni paling suka minum susu tepung yang di bancuh dengan teh (macam teh susu gitu)  tanpa gula ,terutama susu tepung la atau susu rendah lemak ducth lady,pendekata wajib ada di rumah,entah kalau tak minum susu dalam satu hari macam baby jadi gementar je...mungkin saya sudah amal minum susu ni 20 tahun lebih sama usia dengan umur si angah...


Satu lagi yang saya selalu amalkan makan bawang putih mentah yang di slice halus di cicah sambal kicap (cik Asben pun makan juga) menu sampingan wajip tiap kali makan nasi, bertahun amal kan jadi ketagih pulak..sebab itu bila pergi pasar tengok bawang putih yang besar dan putih comel terus
beli berkilo juga la...

                                             


Cik Asben saya pula terlalu berdiet,makan pagi wajip madu ,oat dan bijirin nestum,hinggakan hero saya yang 3 beradik pun terikut sama,saya?...emm tak terliur langsung bijirin itu,cuma madu saja saya minum itu pun waktu pagi sebelum breakfast (stock madu selalu ada)...
Kalau masak terutama guna minyak masak ,tiap bulan saya kena beli 2 jenis minyak satu minyak masak biasa dan minyak masak jenis canola /sunflower/ atau seangkatannya...dan minyak zaitun.(utk minum extra virgin)






Dari segi sayuran pula,cik Asben saya suka kalau beli sayuran kampung terutama ulaman,atau kalau beli yang di supermarket terpaksa lah saya cuci dan rendam air garam dulu sebelum di masak..
Begitulah peraturan kami dalam pemakanan,mungkin seawal perkahwinan lagi saya di didik oleh cik Asben saya hingga ada anak2..

Tak salah mengikuti peraturan kalau dari awal lagi di praktiskan,untuk kebaikan meniti usia senja ,sebab banyak penyakit yang mudah bertapak dalam badan kalau kita tak hiraukan  sangat mengenai kesihatan..kerana penyakit mudah datang melalui pemakanan ,..

Menjaga kesihatan sebagai usaha kearah kesejahteraan hidup..terutama tenang dalam buat amal soleh dan meniti hari dalam kehidupan...dan tawakaltu a'lAllah...


Friday 5 December 2014

PERIUK BELANGA DAN SEANGKATANNYA....

Assalamualaikum...

Bercerita mengenai barangan untuk kegunaan memasak di dapur amat teruja giler ,maalumlah saya ni jenis suka masak,tentulah surirumah lain pun gitu jugak agaknya..kalau pergi shopping window pun sudah cukup untuk sejuk mata (di supermarket atau kedai2 peralatan dapur)

Kalau dulu2 masa baru kahwin semua peralatan mahu yg kecil dan sedang je..
Tapi sekarang bila anak2 sudah remaja dewasanya..tentulah mimpikan ada menantu so terfikir jugak keperluan dapur yg besar2 dan yg boleh buat jamuan,maalumlah bila punya menantu tentu dapat cucu bertambah lagi bilangan keluarga...
Mungkin perhiasan rumah mesti di kurangkan,cukuplah yang sedia ada...

Tapi sekarang ini barangan periuk belanga semuanya naik harga itu belum bermula GST lagi aduui..penatnya bajet..sebelum ini saya asyik beli benda yg berset je..(vantage,arcopal dan lain2)
begitu jugak barangan plastik tupperware (banyak sangat tak terguna juga)..

Beberapa tahun lepas saya beli pressure cooker,untuk  buat sup tulang lembu atau rebus daging,yang sebelum ini ambik masa dan sekarang tukar jadi hanya 27 minit je...tapi bukan selalu pun guna terutama masa masak sikit hentam dengan periuk biasa je,malas sebab pressure cooker ni berat juga nak cucinya...



Kalau nak membeli periuk stainless steel,kena pandai pilih,kandungan steelnya ada beberapa gred, yang saya tahu lah setakat ini ialah ada 3 gred iaitu 18/10 ,18/8  dan  8/8  lebih kurang gitulah,yang terbaik sekali  18/10  steelnya berat dan tahan karat,begitu juga yang 18/8 kurang berat sikit juga tahan karat dan yang 8/8 tu biasa la ringan tapi silap2 mudah berkarat...
Jenama ada macam2 seperti seagull,zebra ,eagle dan ada lain2 jenama lagi.
Kalau yang asli tengok pada tapak bawah periuk mesti ada cop jenama atau sebagainya...
Dan kandungan steelnya biasa di tulis pada kotak atau lebel kertas pada barangan tadi.


gambar silau sebab snap waktu malam


Sebenarnya tidak semesti semuanya lengkap,cukup yang hendak di beli ikut bajet dan perlu,ya lah membeli terlalu obsess sangat amat merugikan,maka ikut apa yang patut je la...tambahan pula saya cuma punya 3 hero je...

Untuk kenduri kendara sekarang ada pilihan masak di rumah sendiri atau catering,pada yang ada bajet besar boleh buat catering...
Tapi sekarang ini ramai yang ambik catering memandangkan semua peralatan diorang siap dan lengkap,umpama kata cuci bersih dan rumah pun tak bersempah...



Wednesday 3 December 2014

MENGENAL DAGING...

Assalamualaikum..

SUMBER;-mingguan wanita.

TIP-info ringkas saja

Daging lembu-

Warnanya merah dan mempunyai lemak yg keras agak kekuningan dan serat otot yg halus,daging lembu yg berkualiti berwarna merah cerah,teksturnya halus mempunyai aroma yg wangi dan rasa yg enak,daging yg sesuai untuk di buat steak ialah daging batang pinang..

                   

Daging kambing-

Mempunyai warna merah yg agak  berlainan dengan daging lembu,lemaknya keras dan putih,baunya amat menyengat.Kebanyakkan daging kambing bertulang..

                   

Daging kerbau-

Kebanyakkan daging kerbau yg di jual di pasar ianya daripada kerbau yg tua.
Ini menyebabkan dagingnya liat dan rasanya menjadi kurang sedap (tapi yg di pelihara dengan baik dari penjagaanya) ,steak dagingnya memang tak kalah dengan daging lembu..

                   

Daging yg liat boleh di empukkan dengan cara membungkusnya dengan daun betik yg masih segar,
Sebaiknya jangan mencuci daging sebelum di potong,ini di sebabkan mencuci daging sebelum di potong dapat mengurangkan sari yg terkandung dalam daging..apa-apa pun pastikan kebersihannya baik waktu memotong atau memasaknya...
Daging di simpan dalam peti ais tahan satu bulan,dan dalam peti beku antara 18 celsius hingga 15 celsius ia akan mengawetkan daging hingga satu tahun...

Assalamualaikum...

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.




7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.