Thursday 30 October 2014

MENCUBA-kek lapis tembikai

Assalamualaikum..

first time membuatnya..



bijinya bertabur susunan tak kemas ,myb tiada seni sb yg pertama...

Ini kek lapis tembikai saya yg tak masak ranum sb tak cukup kaedahnya kut..tambahan pula colouring merahnya  mak ngah abis stock,ganti sirap je...apa2 pn manisnya melekat di mulut...resepinya entah di blog siapa saya ambik..saya salin di nota je..itupn nk buatnya masa saya belek resepi di nota2 dlm simpanan saya..banyak  yg saya perlu belajar lagi kaedah2 dlm pembuatan kek2 ni asal rajin dan tak jemu akan membuah kan hasil yg sempurna...al maalum la hamba baru belajar,kalau derhaka tu kira boleh di maaf dan baiki lg..hu hu...rasanya semua resepi kek2 lapis ni,tak sah kalau tak masuk serikaya.susu pekat dan horlick...agaknya la...eemm sb itulah bila hidang utk tetamu biasanya dia orang potong kecil2 sb manisnya  menjilat bibir...sekeping dua sudah cukup di hirup dgn kopi...

MARTABAK cream craker

BAHAN2NYA-

1 paket biskut cream craker
1 tin susu cair
3 biji telur

*biskut di hancurkan direndam dgn susu cair yg di pukul dgn 3 biji telur

BAHAN2 INTINYA;-
5 biji telur
40 ml susu cair
200 gm daging kisar
4 biji ubi kentang*
1/2 biji karot*
2 labu bwg besar#
4 ulas bwg putih#
1 sudu serbuk kurma-
1 sudu serbuk kerutub-(2 jenis ini di bancuh dlu dgn air)
2 biji lada merah,dan beberapa btg daun bwg
sedikit minyak ,gula garam ,serbuk pati ayam,keju parut utk di tabur
bahan yg bertanda * dipotong kiub,dan yg bertanda # di cincang

CARA2NYA;-

Tumis 2 jenis bwg tadi,masuk daging cincang kacau2 biar masak,masuk pula 2 jenis serbuk rempah td kacau lg biar sebati,masuk ubi kentang dan karot tadi,(boleh ditambah sedikit air supaya ubi kentang cepat masak) perasakan dgn garam,gula,serbuk pati ayam secukupnya,
kacau lg hingga hampir kering dan masak.
Sapu loyang 8"dgn planta,masuk adunan biskut yg di rendam tadi rata2 kan,tuang adunan inti tadi rata2 kan menutupi biskut td,ambik 5 biji telur td di satukan dgn susu cair , daun bwg dan lada merah kacau2 tuang atas biskut td dan tabur parutan keju(sya punya tak cukup keju)

boleh di bakar dlm oven 200c selama 40 minit @ sehingga masak.sejuk boleh la di potong....
.




Thursday 16 October 2014

KESUKAAN

Assalamualaikum...

Dalam duk terjah dr blog ke blog ,jumpa blog ni disini ,terpegun di buatnya dengan warna warni bunga2 rose jepun yg memang kesukaan saya,semangat berkobar semula dan nampaknya cuti panjang saya sb duk renovate umah akan saya pendekkan sb nak mulakan versi baru ni..Alahai bila bercakap tentang bunga2 ni buat saya tak lelap tidur malam sb sudah sebati dgn jiwa yg gila bunga bungaan ni...

InsyaAllah kalau ada rezeki bunga2 saya menjadi saya akan snap gambar untuk pamirkan,buat masa ini hujan turun tak menentu nak bergadener pun slow..
Bercakap mengenai berkebun ni,pendek kata kalau tak ada tugasan lain,rasa2 nak duk di laman seharian membelai bunga2 yg ada...

sebahagian bunga2 yg saya terlupa membelainya....

kasihan rose jepun ku,sb tuan nya cuti panjang...
tapi jangan bimbang aura gedener sudah kembali...

menyelit ,menumpang je...
mujurlah butterfly ni rajin berbunga



Suka pada bunga bungaan menjadi satu terapi untuk hilang strees dan memberi aura ceria,tak rugi gila bunga asalkan tak menganggu rutin rumahtangga...dok gitu eh?
Cik Asben saya pula suka tanam pokok buah dan pokok herba je...tapi berbaloi sb apa di tanam nya ada hasil dan boleh di makan..

ini lah sebahagian hasil cik Asben saya..



Anak2 pula tahu kesukaan uminya,tak membantah kerenah saya bila di suruh mengalih pasu2 di laman,mereka cuma menunggu arahan saja untuk mengangkat pasu2 bunga,sambil bergurau anak2 kata "tak rugi masuk aktiviti di gim untuk tuff body boleh angkat pasu umi" pandai pulak anak2 saya membodek sb petang2 boleh pergi gim, adui ..over bajet la sb masuk kena bayar dan siap makan protin lagi...

inilah hero saya tugasnya dlm hal2 mengalih pasu2 saya

Tuesday 14 October 2014

PULUT SAMBAL IKAN

Menu petang,sementara menunggu untuk membersih kawasan rumah,.. kami menjamah minum petang dulu.pulut sambal ikan yang saya olah sendiri,sebab biasanya sambal yg sebenarnya di campur dgn kerisik kelapa (lebih kurang  sama sambal nasi kapit kelantan)...

Bahan2nya-
3 cwn beras pulut -di rendam 2 jam
1 cwn pati santan
sedikit garam dan gula


Bahan utk sambalnya;-
6 ekor ikan selayang-rebus @ panggang
1 inci halia
8 biji bawang merah
2-3 biji lada kering(nk merah tambah)
1 sudu teh lada hitam
1cwn pati santan + 1 cwn air


Cara2nya;
Beras pulut tadi,di kukus selama 20 minit, masak angkat digaul dengan santan yg di masukkan sedikit garam dan gula,kukus semula selama 20 minit,masak sejukkan.
Untuk sambalnya,;-
Asingkan isi ikan, kisar dan ketepikan .bawang merah,halia,cili kering di kisar halus,lada hitam pun di kisar halus,campurkan bahan2 kisar tadi dgn isi ikan,masuk  pati santan yg di campur air tadi,perasakan dgn garam gula secukupnya,masak lah di atas api yg perlahan hingga kering dan pecah minyak(saya buat tak kering sangat sb nak cepat),masak  bolehlah di hidang dgn pulut tadi...





PUDING ROTI PELANGI

Assalamualaikum..

Resepi ni,saya ambik dengan seorang kawan ,katanya dia search dlm tenet..
Pada mulanya saya nak cari dlm blog kawan2 tapi yg mana satu pilihan hati sb semuanya sodap2 n menarik hati belaka,last2 yg ni jugak saya buat,sebenarnya  puding ini saya kurang suka dan anak2 pun kurang juga,tapi kalau ada jiran yg bagi makan jugak tak lah membazir...

Bahan2nya;-
13 gm agar2 tali
4 cwn air
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
4 keping roti
2 biji telur
1 sudu teh kastard
1 sudu teh esen vanila
sedikit sirap pewarna,-optional

Cara2nya;
Blender roti,telur,susu cair dan susu pekat hingga sebati,ketepikan.
Masak agar2 dgn 4 cawan air tadi,bila hancur agar2 tadi,masuk gula,bila gula hancur masuk bahan yg di blender tadi serta bancuhan 1 sudu kastard tadi,kacau2 biar rata dan mendidih,tutup api bahagilah beberapa warna yg di sukai bolehlah masuk dalam loyang dgn cara selang seli warna tadi,sejukkan dulu dan boleh di potong.