Monday 12 January 2015

AYAM MASAK PEDAS raja berangkat

Assalamualaikum..
Kenapa saya panggil resepi ini di jadikan raja berangkat...
Di kelantan sebut je nak masak raja berangkat kebanyakkan sudah tahu...ini kerana semua bahan2 dalam masakkan di satukan serentak,terus letak atas dapur,tunggu masak boleh angkat,senangkan!...
raja berangkat ni,biasa nya mak2 kat umah buat time nak cepat @  nak mudah,terutama ada tamu datang secara mengejut ,tak tahu masakan apa  nk buat supaya cepat siap...
Dan kali ini saya pun  nak buat yg raja berangkat,..mudah je ,

Saya blend bawang merah,,cili kering,kicap,sedikit kunyit,dan halia juga seulas dua bawang putih ,selepas itu masuk je dalam kuali berisi ayam siap potong beberapa ketul (bahan kisar pun biar cukup dgn ayam),dan masuk 2 gelas air..ops jangan lupa sedikit minyak masak dtuangkan sekali (anggaran macam nak menumis gitu) ..
dan masuk je bahan2 perasa ,gula dan garam,jangan terlebih pulak...
selepas itu masak lah hingga  betul2 masak dan kuah pekat...angkat  hidang lah dengan apa2 nasi,saya makan dengan nasi tomato..sedap

No comments:

Post a Comment