Assalamualaikum,..salam tengahari -:)
Hari ini jumaat,seperti biasa saya akan masak nasi utk makan bertalam (satu bekas steel yg biasa di guna angkat hidangan,cara makan mcm ni biasa di amalkan di pondok2)-sudah kebiasaan bila semua anak2 ada terutama satu kali seminggu-jadi nasi yg saya masak biasanya nasi tak banyak menu contohnya nasi minyak,tomato atau sebagainya.
Kali ni saya nk masak nasi yg saya ambik resepi dari ustazah tempat saya mengaji-biasa la habis ngaji kami borak2 tentang rutin harian termasuk hal masak2.
Nama resepi ini pn main hentam je kira ikut bahan dalam tu, lepas tu saya olah sendiri dengan tambahan lain.
Seronok makan hujung minggu nga anak2 satu talam licin habis hingga menjilat jari ;).
Esok mereka akan bertolak tempat belajar masing2,...malam nanti cik Asben nk ajat pergi makan ikan bakar pula sebelum anak2 berangkat...Alhamdulillah segalanya di permudahkan.
Mai jengok resepi jap-
BAHAN-BAHANNYA;-untuk nasi-
1 kilo beras basmati-saya tak ada stock guna beras wangi je
8 ketul ayam-terpulang nk potong kecil @ besar
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar *
4 -5 biji tomato masak *
serba sedikit rempah kasar kulit kayu manis,buah pelaga,cengkih dan bunga lawang
2-3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar serbuk rempah kurma-di bancuh dgn air
1 sudu besar susu tepung-di bancuh dgn air
garam dan serbuk pati ayam
bahan yang bertanda *di hiris bulat
CARA-CARANYA;
Panas minyak masak dan minyak sapi tumis bahan rempah kasar dan bahan di hiris tadi *goreng sampai layu dan naik bau, masuk serbuk kurma tadi kacau2 pecah minyak masuk ayam-biarkan ayam masak-
bila ayam masak masuk bancuhan susu tepung tadi,garam serbuk pati ayam dan beras yg tos tadi serta air secukupnya agak2 jangan bagi nasi lembik.
Nasi di kacau agar rempah tadi rata dan tutup periuk tunggu nasi kering,sambil itu di kacau balik kan.
Tunggu hingga masak angkat.-hiaslah dgn kismis ,daun sup dan bwng goreng .
BAHAN UNTUK SAMBALNYA;
4 biji tomato hijau
2 biji lada besar hijau
4 biji cili api @ cili jarum hijau
1 biji bawang besar
garam ,gula,serbuk pati ayam-masuk secukup rasa-
#-Di campur semua bahan-bahan ini di blend tanpa air,ketepikan.
BAHAN UNTUK SUPNYA;
1 biji ubi kentang*
1 biji karot*
1 labu bawang besar*
1 ulas bwng putih-di cincang
1 sudu sos black pepper
air secukupnya
sedikit garam dan perasa
#Bahan-bahan yg bertanda * di potong kiub,masuk kan semua bahan2 tadi dalam periuk masukkan air anggaran berkuah,renehkan atas api tunggu masak angkat.
BAHAN UNTUK ACAR TOMATO;
5 biji tomato merah *
1 labu bawang besar-boleh di ganti beberapa biji bwng merah*
4 biji cili api hijau-nk pedas lebihkan
1 biji lada besar merah
1 sudu besar pati asam jawa
1 sudu besar budu-boleh ganti belacan
garam,gula,serbuk pati ayam secukupnya
1/2 cawan air suam
CARANYA;
Potong kiub bahan2 yang bertanda *,dua jenis lada tadi di hiris-hiris halus ketepikan
Bancuhkan pati asam jawa tadi dgn air,masuk garam ,gula dan serbuk pati ayam secukup rasa,
kacau hingga hancur masukkan air dan bahan yang dipotong tadi ,
Masuk budu kacau2 sebati dan ketepikan 10 minit sebelum makan.
Tambahan lain-saya selalu sertakan ikan kering @ telur jeruk-menu wajib cik asben makan dgn nasi macam ni-
No comments:
Post a Comment