Monday, 30 December 2013

KARI AYAM WANGI

Assalamualiakum..

Menu lauk untuk makan tengahari,asalnya resepi ni bahan2nya main campak2 je (kalau yg campak2 tu kira olahan sendiri la..) bila anak2 dan cik asben kata sedap bolehlah dijadi resepi dapur...
kalau ada nk cuba boleh tinjau resepinya...

BAHAN-BAHAN NYA;
1 kilo ayam-di potong 8(saya biasa guna pangkal peha yg ada di jual)
14 biji bawang merah*
1 inci halia*
3 biji bawang putih-di hiris nipis
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah kerutub
2 cawan santan
2 cawan air
1 helai daun pandan-di carikkan
5 helai daun limau purut
3 biji tomato,4 biji cili merah
sedikit gula melaka,garam,serbuk secukup rasa
2 sudu kicap dan minyak utk menumis secukupnya

CARA-CARANYA;
Bahan yg bertanda* td di kisar halus,ketepikan.
dua jenis rempah td disatukan dan bancuh dgn sedikit air.
panas minyak tumis bawang putih yg dihiris td bila naik bau masukkan bahan kisar dan cili giling td,kacau rata
masukkan bahan rempah yg dibancuh ,tunggu bahan rempah td masak baru masukkan ayam
juga air kacau rata tutupkan periuk.
agak2 10 minit boleh di masukkan santan,perasakan garam,gula melaka,serbuk perasa juga kicap
biarkan mendidih 10 minit baru masukkan daun pandan,daun limau purut,
tunggu lg beberapa minit,sehingga betuk2 masak bolehlah di masuk tomato dan lada merah(tak perlu potong)
biarkan mendidih lg..-jangan terlalu pekat-bolehlah di tutup api.









No comments:

Post a Comment