Assalamualaikum....
Alhamdulillah pagi yang damai ini tuhan anugerah kita bangun dan sihat...
Di alam ini penuh keindahan dan kepermaian yang melahirkan rasa keriangan dan kemeriahan yang seluas-luasnya,semua ini boleh dirasai hambanya .
Sesiapa yang membawa dalam jiwanya keindahan dan kasih sayang di mana saja dia melangkah pasti dia akan lebih siratulrahim dengan orang-orang yang sekelilingnya,tapi jika ia bawa sikap bermusuh dan prasangka pasti dimana ia berada keadaan hati tak akan tenang...
Untuk menyuci hati ia bermula dari akar umbi lagi,sukarnya kerana kita bertarung dengan nafsu kerana nafsulah puncanya diatas kesilapan kita kerana nafsu banyak ragamnya...
Dunia sekarang terlalu banyak pergolakkan-dunia akhir zaman..cubaan semakin banyak pada kita hambaNya..Disini kita kena sedar dan celik hati untuk kearah kebaikan yang di rehdai dunia dan akhirat.
Dalam pembentukkan peribadi kita dan keluarga kita,berusaha membaiki diri dan jaga iman.
Sikap menghayati kejadian tuhan boleh membuka hati dan merasakan diri kita terlalu kerdil di bumi tuhan.
Tiap manusia tak lari dari kesilapan..hadirnya kesedaran membaiki hati..
Yang penting.. lawan nafsu baiki hati....sekian
WASALAM
No comments:
Post a Comment