Thursday, 16 January 2014

LAMAN HIJAUKU

Assalamualaikum..
Semenjak musim hujan yang lalu rutin dilaman  terbatas ,banyak pokok bunga rosak kerana terlebih air.
Alhamdulillah beberapa hari ni cuaca nampak cerah,semangat nak berkebun bunga mula tercetus dek kempunan hampir sebulan lebih..akibat musim hujan.
Selalu pergi menjenguk nursery bunga kawan hati duk terngigau imagin bunga-bunga yang berkenan..
Nasib baik la  nursery ni kawan punya,bolehlah beli dengan harga ahli  he he..... jangan marah NDASU.

Kalau bercerita hal- hal  bunga  memang seronok biar pun bukan semua nama-nama bunga diingat dan ada yang tak tahu hu hu.. kata orang minat sangat2 bunga boleh jadi terapi,hilang strees dan boleh jadi penawar pada yang ada penyakit memang terbukti pun sebab ada orang yang alami bagitahu cik Asben saya....

Bila nak berkebun pun satu hal,bab2 angkat pasu ni kena tunggu my hero balik kalau tak tercungap2 angkat sendiri sebab tabiat tak sabar saya nak semuanya teratur..kalau suruh cik asben hu hu jangan harap sebab dia minat tanam pokok buah buahan je...bukan apa bila dah tua gini angkat pasu pun dah sakit pinggang,sebab tu anak2 pesan tunggu dia balik baru boleh atur pasu2 tu tempat saya suka..aduii mana uminya boleh tunggu sebab perasaan tak sabar tu la...

Biasanya aktiviti servis bunga ni saya lakukan waktu pagi,kadangkala petang dan malam..masa waktu pagi saya set untuk 3 jam servis laman seawal 7.15 selepas ucap bye-bye pada cik asben pergi kerja,kalau sebelum ini selepas urus cik asben,hantar si bongsu ke sekolah sampai rumah terus servis laman kejar masa sebab rutin lain pula...sekarang Alhamdulillah  sibongsu sudah masuk asrama..masa untuk berbungaan terluang...

Inilah sebahagian laman saya yang sempat si angah snap nga teponnya taklah menarik sangat tapi ia satu kepuasan pada saya dalam menguruskannya,apa-apa pun kita ikut kemampuan kita dalam kehidupan rumahtangga agar hati senang hidup bahgia..InsyaAllah.


red indian

tak tahu lagi nama orkid ni,tapi ia paling mahal saya beli



sebahagian orkid yang saya ada,itupun baru nak bermula mengumpul spesis orkid...
















sebahagian yang berbunga


Ini pula gambar yang saya ambik tempat nusery bunga kawan saya,selalu nya tempat ni saya jadikan persinggahan saya kala boring,ya lah tak ada sapa2 kat rumah..lagipn rutin lain sudah beres..kadang kami bekerjasama bila mengatur pokok2 bunga di nursery tu...nama lagi bes fren mesti muafakat membawa berkat...

.









No comments:

Post a Comment