Assalamualaikum..
Suasana sekarang ini hujan tak celik mata(orang kelate kata)..semua aktiviti slow,berperap je..sudahnya saya sorang kat rumah,nk masak apa pun tak ada mood.dalam duk terfikir tu teringat sehari dua lepas duk coling2 nga my beh fren..duk citer hal resepi kek pisang,katanya ia suka guna pisang putar(orang ganu) tp saya panggil pisang kapas..kalau dulu2 pisang ni tak jadi harga sb di kampung2 tumbuh meliar je..tapi sekarang kat pasar wow..rm 3 sekilo.pendekkata semua sudah berharga..walaupn pisang ini setengah orang anggap pisang murahan (sb bila ranum sgt ia akan lembek berair) tp untuk buat kek dan kuih2 lain yang bersangkutan dgn nya amat sedap sekali sb bau aromanya manis...
Kek pisang dia lain sikit dengan saya buat sebelum ini-disini-katanya kek ni akan naik molek.
Terimakasih hajah faridah sudi kongsi resepi ini dan yang lain2 lagi...kek ni saya buat macam ala2 mable .insyaAllah bila ada pisang nanti rasa nk try kawan2 blogger punya ....
jap kita jengok resepi ni...
BAHAN-BAHANNYA
2 cwn gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonat*
1 cawan gula halus
4 biji merah telur
150 ml minyak masak
2 sudu susu pekat-idah tak masuk
1 sudu teh esen pisang
4-5 biji pisang-di lenyekkan(anggaran 1 cwn penuh utk pisang lain)
UNTUK MERINQUE
4 biji putih telur
2 sudu besar gula halus-di ambil dari sukatan 1 cwn tadi
1 sudu teh cream or tartar
CARA-CARANYA
Ayak ketiga bahan yg bertanda * tadi ketepikan.
Putar adunan merinque tadi hingga berkrim dan bertanduk.ketepikan
dengan menguna mixer yang sama tak perlu basuh ,dengan kelajuan minima pukul merah telur dengan gula halus higga hancur gula,masukan susu pekat,esen pisang,pisang lenyek dan masukkan tepung sedikit2 biar bercampur semuanya dan masuk minyak masak pukul lg.akhir sekali dengan handwisk masuk putih telur sedikit2 sambil di kacau rata.
sapu loyang 9x3 dgn butter lapik paper baking ,masuk adunan boleh lah di bakar dgn oven 170 degree selama 1 jam.
*untuk nampak mable cam biasa lah bagi dua adunan satu asal dan satu masuk serbuk coco.adunan di masuk cara berselang seli*
kek ni nampak ringan dan atas lembab sikit ,memang yummy....
No comments:
Post a Comment