Sunday, 14 December 2014

SEDUTAN DARI CERAMAH DATO' ISMAIL KAMUS

NABI SULAIMAN MENGUASAI JIN
Jin tidak mengetahui alam ghaib,itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib,pembohong...

Sirahnya...apabila nabi sulaiman  memerintahkan jin untuk membina istananya,sehingga Nabi sulaiman meninggal pun jin tidak perasan(tidak tahu).Semasa itu Nabi sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya,sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi sulaiman pun jatuh,maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi sulaiman telah mangkat.....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelum duduk rumah baru ,di galakkan baca surah al-baqarah sehingga selesai.Jin akan lari..tak perlu tepung tawar  sebagaimana tabiat orang kita yang suka sangat menepung tawar..
Jika anak menangis tengah2 malam,azan kan  7 kali hingga 10 kali,baca ayat kursi dengan 9 kali henti (tekniknya) untuk merawat orang yg di rasuk...

Segala puji bagi ALLAH,tuhan yang menyatakan;-yg bermaksud

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia,menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan jin,kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat"
                                                                        (Surah al-jin:6)

Maka marilah kita sama2 bergantung harap hanya pada ALLAH,yang memiliki alam ini...mudah-mudahan segala amalan kita di redhai ALLAH...amin.


No comments:

Post a Comment