Friday, 5 December 2014

PERIUK BELANGA DAN SEANGKATANNYA....

Assalamualaikum...

Bercerita mengenai barangan untuk kegunaan memasak di dapur amat teruja giler ,maalumlah saya ni jenis suka masak,tentulah surirumah lain pun gitu jugak agaknya..kalau pergi shopping window pun sudah cukup untuk sejuk mata (di supermarket atau kedai2 peralatan dapur)

Kalau dulu2 masa baru kahwin semua peralatan mahu yg kecil dan sedang je..
Tapi sekarang bila anak2 sudah remaja dewasanya..tentulah mimpikan ada menantu so terfikir jugak keperluan dapur yg besar2 dan yg boleh buat jamuan,maalumlah bila punya menantu tentu dapat cucu bertambah lagi bilangan keluarga...
Mungkin perhiasan rumah mesti di kurangkan,cukuplah yang sedia ada...

Tapi sekarang ini barangan periuk belanga semuanya naik harga itu belum bermula GST lagi aduui..penatnya bajet..sebelum ini saya asyik beli benda yg berset je..(vantage,arcopal dan lain2)
begitu jugak barangan plastik tupperware (banyak sangat tak terguna juga)..

Beberapa tahun lepas saya beli pressure cooker,untuk  buat sup tulang lembu atau rebus daging,yang sebelum ini ambik masa dan sekarang tukar jadi hanya 27 minit je...tapi bukan selalu pun guna terutama masa masak sikit hentam dengan periuk biasa je,malas sebab pressure cooker ni berat juga nak cucinya...



Kalau nak membeli periuk stainless steel,kena pandai pilih,kandungan steelnya ada beberapa gred, yang saya tahu lah setakat ini ialah ada 3 gred iaitu 18/10 ,18/8  dan  8/8  lebih kurang gitulah,yang terbaik sekali  18/10  steelnya berat dan tahan karat,begitu juga yang 18/8 kurang berat sikit juga tahan karat dan yang 8/8 tu biasa la ringan tapi silap2 mudah berkarat...
Jenama ada macam2 seperti seagull,zebra ,eagle dan ada lain2 jenama lagi.
Kalau yang asli tengok pada tapak bawah periuk mesti ada cop jenama atau sebagainya...
Dan kandungan steelnya biasa di tulis pada kotak atau lebel kertas pada barangan tadi.


gambar silau sebab snap waktu malam


Sebenarnya tidak semesti semuanya lengkap,cukup yang hendak di beli ikut bajet dan perlu,ya lah membeli terlalu obsess sangat amat merugikan,maka ikut apa yang patut je la...tambahan pula saya cuma punya 3 hero je...

Untuk kenduri kendara sekarang ada pilihan masak di rumah sendiri atau catering,pada yang ada bajet besar boleh buat catering...
Tapi sekarang ini ramai yang ambik catering memandangkan semua peralatan diorang siap dan lengkap,umpama kata cuci bersih dan rumah pun tak bersempah...



No comments:

Post a Comment