Monday, 23 December 2013

KEK COKLAT LAPIS KAREMAL-kukus

Asalamualaikum..

Petang td sempat  siap juga kek karemal pelangi untuk bes fren yg kebetulan datang rumah hantar pokok bunga yg saya pesan,(tuan punya nursery bunga) maklum semangat utk bergardener berkobar2 semula sebabnya cuaca aloh ko panas..
malam2 gini pula terasa nk makan kek coklat pula,kebetulan malam masih muda lg ewah.....
kebetulan pula si sulung dan si tengah balik bercuti esok rasa berbaloi jgak buat ,sb kalau tak ada hero2 ni aba nya yg jdi tukang perabis,walaupn berdiet paham2 je la umur menuju senja penyakit mudah tiba...
selalu juga cik asben ni berkata dgn nada bergurau- "umi jangan masak makanan yg berlemak,nanti membuncitkan lg perut aba"..

Kek coklat ni selalu saya buat,saya ambil resepi ini dalam majalah MIDI keluaran karangkraf (tiap bulan 2x keluarannya)yg ini tahun 2008 lg..kerana suka masak saya ni suka tengok2 resepi di majalah..resepi ni dibuat oleh artis salimah mahmood .sampai sekarang resepi la yg selalu saya buat cuma,ada la olah sikit2 untuk kelainan..kek ini hanya kek coklat kukus je(chocolate steam cake) cuma sya je tambah karemal atas tu,karemal tu tak tinggi sangat tp kalau nk tinggi tambah lah lagi bahan2 karemal nya.jom tulis resepi nya..

SUMBER;-majalah midi keluaran karangkraf
Resepi-salimah mahmood-


 BAHAN-BAHANNYA;
1 cwn serbuk koko
1cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn minyak jagung
1/2cwn susu pekat-sya tmbh kan 1 cwn
11/4 cwn tepung gandum-sya guna tepung naik sendiri dan tmbh 11/2 cwn
3 biji telur-kadang2 sya guna 2 biji telur AA
1 sudu teh baking powder-sya tak masuk sb gna SRF
1 sudu  teh soda bikarbonat-sya masuk 1/2 sudu teh je
2 penutup botol esen vanila-sya masuk 1 sudu teh
2 sudu milo-resepi asal tak ada

BAHAN UNTUK KAREMAL:

3 biji telur AA
150 ml susu cair
1/2 sudu teh kastad
100 gm gula halus

semua bahan-bahan di atas di kacau-kacau sebati ,ketepikan
*untuk ketebalan karemal boleh di tambahkan bahan-bahan tadi*

UNTUK GULA HANGUS;
2 sudu gula kasar-dipanaskan dalam loyang saiz 9",bila nampak perang sambil di ratakan dalam loyang td ,ketepikan.


CARA-CARANYA;
Panaskan kukusan.
Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dalam periuk.kacau perlahan hingga sebati,ketepikan seketika.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan bahan yang di masak tadi,kacau rata adunan dan masukkan pula tepung tadi sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati-ketepikan

Dalam loyang berisi gula hangus tadi di masukkan adunan karemal td sambil di tapis-kukus lah selama 10 minit.
selepas karemal tadi masak masukkan adunan kek dan kukus lagi  selama 1 jam-atau sehingga kek masak.biasanya sya agak2 je kek akan masak.-siap masak sejukkan  dulu bolehlah di potong.

















No comments:

Post a Comment