Sunday, 1 December 2013

KEK PISANG

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..musim hujan gini semuanya rasa serba salah,banyak kain2 yg di mesin tp tak abis di jemur,biasalah musim tiap tahun..nk servis bunga di laman pn tak ada mood ..kira tggu abis musim hujan je la..suasana senyap dlm rumah bagai kan tak ada orang (memang la hero2 semua tak ada) cuma cik asben nga sya..waduh betul2 sunyi la,apakah tidaknya cik asben dgn latopnya duk mengadap seharian nk menyudahkan tesisnya yg tak tahu bila sudahnya..

Betul la kata orang tua2 bila anak besar2 belaka tinggal berdua je,terutama macam sya yg tak ramai punya anak sekarang ini pn dah terasa kesunyiannya kalau cik asben pergi kerja lagi laa...
waktu paling ceria dan seronok ialah masa anak2 balik bercuti,suka sgt pendekata nk masak yg sedap2 je
tp anak2 ni bila masuk gym makanan pn pilih2 kut berlemak katanya..kalau dulu cekodok pisang pn laris...
bercerita cekodok ni teringat pisang kat dapur yg di beli dua hari lepas ,mujur la elok lagi.
kalau tak membazir pulak..meh kita buat kek pisang...resepi yg selalu sya buat gini je...

BAHAN-BAHANNYA

2 cwn gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonat*
1 cwn pisang yg di lenyek
3 biji telur
1 cwn gula perang
150 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen pisang
1 sudu teh ovelette
secubit

CARA-CARANYA

Bahan-bahan yg bertanda * di campur dan di ayak ketepikan.
pukul telur dgn gula perang dan ovelette biar sebati,(sya guna mixer dgn kelajuan minima)
masukkan pisang lenyek tadi pukul lg masuk susu pekat dan garam.masukkan tepung yg di ayak tadi kacau2 dengan cara kaup balik kan guna spatula..akhir sekali masukkan minyak masak dan esen pisang kacau biar bersatu..sapu loyang 7" dgn butter lapik baking paper masukkan adunan (kalau suka boleh lah di tabur kismis atau letak kan hirisan pisang di atas adunan td ) boleh lah di bakar dlm oven  dgn suhu 170 degree selama 1jam 30 minit atau sehingga masak..






No comments:

Post a Comment