Saturday, 6 September 2014

SPAGHETTI KARI

Assalamualaikum..

Kali  ni nak buat spageti kari ganti mee kari,hujung minggu kiranya resepi mudah dan cepat untuk kami sekeluarga selepas kami anak beranak mengecat rumah (renovate dapur je..)..
Mudah sangat2...saya guna bahan2 yg mana ada kat dapur je...

Bahan2nya;-
300gm spaghetti-di celur dulu
2 keping dada ayam-potong2 kecil
4 keping fish cake-klu suka -boleh di tambah,kerang,udang dan sebagainya
10 biji bwng merah*
2 biji bwng putih*
1/2 inci halia*
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar ciling giling
1 gelas pati santan
2 1/2 gelas air
sikit air asam jawa,gula melaka. garam, serbuk pati ayam secukupnya
dan minyak masak sedikit
Bahan yg bertanda * di kisar halus

Cara2nya;-

Panas minyak tumis bahan kisar tadi naik baunya,masuk serbuk kari yg di bancuh dengan cili giling tadi,kacau rata,bila rempah tadi masak masuk ayam dan fish cake atau bahan2 tambahan lain tadi,kacau lagi  masuk air asam jawa ,garam ,gula melaka dan pati ayam secukupnya,tutup sekejap bagi sebati.
Bila sudah sebati dgn rempahnya masuk air,bila mendidih masuk pati santan (klu mahu pekat tmbh santan lg)kacau dan biarkan mendidih lagi..masak angkat boleh hidang.

Bahan2 sampingannya;-
5 biji telur ayam rebus-di belah 2
2 biji timun -di sagat halus
4 biji tomato di hiris nipis
daun sup - di hiris2
lada kecil-dihiris2
(bahan2 ini boleh di tambah dgn taugeh celur dan bawang goreng)







No comments:

Post a Comment