Sunday, 21 September 2014

KERABU BEKO tanpa kerisik

Assalamualaikum..

Kali ini nak buat kerabu beko,rasanya orang kelate je tahu buah beko lain negeri tak tahu nama apa,buah beko ni,daun dia pun boleh buat kerabu dan ulam celur atau mentah,cicah budu campur tempoyak masuk cili wow terangkat you..khasiatnya pun ada,ini lah untungnya kalau suka makan ulam sedap di makan tiada mudarat,rasanya nak pahit2 gitu tapi bagi kami biasa je,sb selalu makan.
Di kelate nih,harga satu ikat daun beko rm 1.00 cuma beberapa tangkai je,dulu 50 sen seikat ,tapi buah beko nih,time mahal rm4 1 biji...emmm....semuanya ulam ulaman dah berharga


BAHAN2NYA;-
1 biji buah beko-saya buat separuh je..
3 ekor ikan selayang @ kembung-di rebus tawar asing isinya
5 biji bawang merah*
1/2 inci halia*
1 sudu teh lada hitam*
4 sudu besar santan -nak lebih tambah
2 sudu air asam jawa
sedikit garam ,serbuk pati ayam  dan gula
cili merah dan hijau secukup

CARA2NYA;-
Buah beko tadi boleh di bakar atau celur 5 minit je..angkat di hiris2 halus,kalau tak suka pahit sangat masa basuh perah kan airnya(saya lebih suka pahit2) .
Tumbuk bahan yg bertanda * bila lumat (saya  suka tumbuk kasar) masukkan isi ikan tadi gula ,garam,serbuk pati ayam secukup rasa gaul lah dengan buah beko hiris tadi dan air asam jawa,masuk santan,gaul rata,mahu pedas masuk cili hijau dan merah yg di hiris halus.


ini lah rupanya buah beko,baru ingat snap gambar bila dpotong

yg siap di celur

siap,boleh di makan

No comments:

Post a Comment