Sunday, 21 September 2014

KERABU BEKO tanpa kerisik

Assalamualaikum..

Kali ini nak buat kerabu beko,rasanya orang kelate je tahu buah beko lain negeri tak tahu nama apa,buah beko ni,daun dia pun boleh buat kerabu dan ulam celur atau mentah,cicah budu campur tempoyak masuk cili wow terangkat you..khasiatnya pun ada,ini lah untungnya kalau suka makan ulam sedap di makan tiada mudarat,rasanya nak pahit2 gitu tapi bagi kami biasa je,sb selalu makan.
Di kelate nih,harga satu ikat daun beko rm 1.00 cuma beberapa tangkai je,dulu 50 sen seikat ,tapi buah beko nih,time mahal rm4 1 biji...emmm....semuanya ulam ulaman dah berharga


BAHAN2NYA;-
1 biji buah beko-saya buat separuh je..
3 ekor ikan selayang @ kembung-di rebus tawar asing isinya
5 biji bawang merah*
1/2 inci halia*
1 sudu teh lada hitam*
4 sudu besar santan -nak lebih tambah
2 sudu air asam jawa
sedikit garam ,serbuk pati ayam  dan gula
cili merah dan hijau secukup

CARA2NYA;-
Buah beko tadi boleh di bakar atau celur 5 minit je..angkat di hiris2 halus,kalau tak suka pahit sangat masa basuh perah kan airnya(saya lebih suka pahit2) .
Tumbuk bahan yg bertanda * bila lumat (saya  suka tumbuk kasar) masukkan isi ikan tadi gula ,garam,serbuk pati ayam secukup rasa gaul lah dengan buah beko hiris tadi dan air asam jawa,masuk santan,gaul rata,mahu pedas masuk cili hijau dan merah yg di hiris halus.


ini lah rupanya buah beko,baru ingat snap gambar bila dpotong

yg siap di celur

siap,boleh di makan

Saturday, 20 September 2014

DONAT ball GEBU

BAHAN@NYA;-

2 1/2 cwn tepung gandum*
1 sudu besar yis mauripan
1cwn susu segar @ 1sudu susu tepung di bancuh dgn 1 cwn air
1 sudu besar margerin
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh double action baking powder*
secubit garam halus
bahan * diayak

CARA2NYA;-

Dalam bekas bancuh susu segar tadi dgn yis,ketepikan beberapa minit hingga berbuih.
Bila berbuih campuran yis tadi masukkan margerin,gula dan garam dgn mixer pukul biar rata sambil masukkan 2 sudu tepung gandum(yg di ayak dgn baking) bila sebati tutup mixer,masuk lebihan tepung tadi sambil uli dgn tangan,uli hingga lembut dan tak melekat di tangan,(boleh tmbh tepung kalau adunan terlalu lembek) selepas itu di tutup dgn towel lembab biarkan beberapa minit adunan mengembang.

Bila mengembang uli sedikit utk buang angin,bolehlah di gentel bulat2 (terpulang besar mana yg di inginkan) tapi di tangan mesti ada tepung masa gentel tu...siap boleh di goreng,bila masak  angkat  sekejap tabur rata gula halus.

 

ada kecik besar tapi habis di sapu sb gebuss.......


Friday, 19 September 2014

MENGENAI KEPALA GAS


Assalamualaikum,..


Terdetik jugak nak citer hal kepala gas ni,iya lah kut2 ada kawan2 yang alami macam saya.,mula2 saya pakai kepala gas ni (UGS) pada 16 mac 2009.Jaminan masa tu 5 tahun,Citernya .. ada seorang budak laki datang umah saya siap pakai baju unifom hijau ,katanya nak check kepala gas,alahai citer saya lebih kurang sama nga ummi (kebetulan jumpa blognya).
Kepala gas yang pertama ni saya pakai (harga rm287) boleh di katakan ok jugak ia tiada permasalahan,
kepala gas yg mula2 saya beli

Bila masuk tahun 2014  kira 5 tahun pakai la.. ada tanda2 gas berbau (sb tak pernah servis) saya pun tak perasan puncanya kat mana cuma agak2 je... kut anak2 saya duk buka tutup kat kepala gas tu,masa masak. ,kerana wat "dok" je,sampai habis tempoh warranty nya (mac lalu)jarak cuma beberapa bulan je.. bukan kerana tukang servis tak datang tapi tak kebetulan dengan saya (saya selalu keluar) saya tahu diaorang ada datang sb nampak di persekitaran taman kawasan saya,tapi maalum la diaorang lelaki nk ajak gi rumah bimbang juga (beringat je) sb kejiranan taman saya sunyi waktu bekerja...

Dan tahun ini pada 18 sept 2014,datang pula staff ni tapi perempuan,bila beri pengenalan diri saya izin masuk (berani sb tukang rumah ada duk renovite dapur) macam biasa la tugas nya nak servis sambil wat demo,tapi tak habis demo tu  sb saya fullstop,..cuma dia terangkan harga sudah di turun kan dari harga rm 287 kepada rm 248 sb di upgrade kan,katanya tujuan turun harga nak selaraskan supaya semua orang mampu pakai..tapi sayang yang pertama saya guna habis tempoh warranty,kalau tak tentu saya dapat ganti free katanya,cuma bayar satu je,hu hu ...


 
inilah kotaknya 


kepala gas yg baru di beli


Bila saya fikirkan tentang keselamatan semasa memasak ,emm takut juga dengan gas ni.
Umum nya semua orang tahu bahaya kebocoran gas ni,tapi mampu atau tak je utk membelinya,iya lah mahal jugak kalau di banding dengan harga kepala gas biasa yg ada di kedai ..
Kita ni sebagai isteri pejabatnya di dapur ,boleh di katakan hulu hilir kedapur,so keselamatan mesti di utamakan...

Memandangkan dapur saya ada dua (kering dan basah) ,terpaksa pejam mata beli dua utk dua dapur,sebelum ini saya beli utk dapur basah je,tp dapur kering kepala gas yg biasa selalu ada masalah kena tukar la sekali...yg saya beli ni tanpa meter sb yg bermeter harga nya mahal sikit dan katanya kena jaga lebih sb sensitif kut terjatuh ke ...harga hosenya tetap sama rm 79,kualitinya lebih kurang sama nga tayar kereta,..wow menakjudkan...he he.
Mujurlah jugak cik Asben saya kalau bab barang2 dalam umah dia jarang teliti,apa yg wife dia beli tak usul periksa janji jangan sampai terhutang..Alhamdulillah.

Saya tak nak kata apa2 cuma pada saya apa yang dia terang kan mengenai jaga keselamatan dalam urusan masak guna kepala gas satu info yg kita boleh jadi panduan..setakat saya pakai yg mula2 dulu tiada apa2 masalah ,harap2 yg di upgrade ni lagi tahan jaminan nya...(katanya di lanjutkan tempoh 10 tahun)
Waktu saya beli dulu,saya tak terfikir nak search dlm tenet utk cari syarikat tu, masa tu saya tak lah  teliti sangat nak usul asal benda ni janji selamat (mungkin terpengaruh dgn cara demo).
Tapi  bila saya jumpa blog ummi dan baca komen2 kawan2 rasa confused jugak..jadi saya pun lepas beli baru ini terus cari dalam tenet  syarikat UGS tu,tapi yg kuar tajuk lain pulak,.(ada ,tapi tak detail) tapi masa search kat cavagnagroup ada kilang nya yg di asia made in thailand...emm...sb nak tahu siapa lagi yg pakai alat ni ,jumpa lah blog ummi...rupanya ramai yg beli alat ni.tapi nape eh harga berlainan? bimbang jugak kut2 kualiti tak sama...wallahualam.

Harap2 tu selamat di gunakan...memang betul kata kawan2 patut syarikat ini kena buat website ,baru orang percaya dan tak pening kepala duk mikir,bab harga boleh di ikhtiarkan yang penting kualiti barang selamat di pakai....beli sudah beli harap berbaloi.insyaAllah.......

Cadangan saya kalau nak selaras surirumah beli pakai alat ini elok pergi ke tiap2 ofis jabatan buat demo tentu ramai yang tidak menolak utk membelinya,sb bahaya gas bocor ni boleh hilang nyawa dan harta...setuju ke?


Saturday, 6 September 2014

AYAM MASAK MERAH SIMPLE

Bahannya;-

6 ketul ayam - pilih ayam yg besar,cuci bersih di perap dgn garam + serbuk kunyit
15 biji bwg merah-kisar
1/2 inci halia-kisar
1 cwn lada kering kisar
4o ml air asam jawa
40 ml kicap pekat
secukup gula ,serbuk secukup rasa
minyak masak secukupnya

Caranya;-

Goreng ayam tadi bila masak angkat ketepikan,dalam minyak yg sama tumis bahan kisar tadi,mula2 tumis lada kering dulu.bila nampak pecah minyak masuk bawang merah dan halia kisar tadi ,bila naik baunya masuk ayam,kicap,air asam jawa..di kacau-kacau lg..
Akhir sekali perasakan dgn bahan2 perasa tadi secukupnya.masak biar pekat dan boleh di hidang....
Mudah kan...!



SPAGHETTI KARI

Assalamualaikum..

Kali  ni nak buat spageti kari ganti mee kari,hujung minggu kiranya resepi mudah dan cepat untuk kami sekeluarga selepas kami anak beranak mengecat rumah (renovate dapur je..)..
Mudah sangat2...saya guna bahan2 yg mana ada kat dapur je...

Bahan2nya;-
300gm spaghetti-di celur dulu
2 keping dada ayam-potong2 kecil
4 keping fish cake-klu suka -boleh di tambah,kerang,udang dan sebagainya
10 biji bwng merah*
2 biji bwng putih*
1/2 inci halia*
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar ciling giling
1 gelas pati santan
2 1/2 gelas air
sikit air asam jawa,gula melaka. garam, serbuk pati ayam secukupnya
dan minyak masak sedikit
Bahan yg bertanda * di kisar halus

Cara2nya;-

Panas minyak tumis bahan kisar tadi naik baunya,masuk serbuk kari yg di bancuh dengan cili giling tadi,kacau rata,bila rempah tadi masak masuk ayam dan fish cake atau bahan2 tambahan lain tadi,kacau lagi  masuk air asam jawa ,garam ,gula melaka dan pati ayam secukupnya,tutup sekejap bagi sebati.
Bila sudah sebati dgn rempahnya masuk air,bila mendidih masuk pati santan (klu mahu pekat tmbh santan lg)kacau dan biarkan mendidih lagi..masak angkat boleh hidang.

Bahan2 sampingannya;-
5 biji telur ayam rebus-di belah 2
2 biji timun -di sagat halus
4 biji tomato di hiris nipis
daun sup - di hiris2
lada kecil-dihiris2
(bahan2 ini boleh di tambah dgn taugeh celur dan bawang goreng)







Wednesday, 3 September 2014

BORAK-BORAK JE..

Asalamualaikum,..

Lama betul tak ku kisah blog ni,mood yang berubah-ubah,malas ngadap latop macam2 lg..boleh di kata kan kesibukkan yg memanjang dan banyak hal yg berlalu begitu saja tanpa di coret untk kenangan atau di tatap semula..
Masa cepat berlalu, kita hampir ke penghujung tahun..musim menuju haji sudah bermula,kerinduan terasa terutama bila pergi berjumpa mata dengan kawan2 yg hendak kemekah..
Dan ramai kawan saya yg sudah dan akan punya menantu dan timang cucu.....adui rupa2nya umur kami ni akan menuju senja ,bukan tak sedar tapi  terlupa dek rutin harian,
Beberapa bulan  lepas banyak benda yg perlu di sempurnakan dek tanggungjawap...
Mengurus rumahtangga perkara biasa dan berwajib dan menjaga mertua sampai kehujung nyawa adalah taat pada suami dan mengikut hukum tuhan....juga segala kepayahan ,tekanan  semuanya ujian tuhan,emm..bila di hayati tersemat hikmah dan nikmat....
Ya!..betul kata orang tua2. berbuat baik dan menjaga hubungan dengan ibubapa hidup berkat..yg penting ikhlas kerana Allah dan sabar jadi pengdinding..