Thursday, 20 March 2014

KEK GULA HANGUS

Assalamualaikum..
Hari ini saya pergi ambik sibongsu di asramanya..jadi sempat la buat kek gula hangus utk "mak"panggilan anak2 asrama untuk penjaga asrama tu..siap 2 biji satu tinggal kat rumah utk cik asben sb kek ini tak banyak guna butter...lama tak buat kek ni,biar pun tak nampak berongga tapi still sedap..yg bagi pd mak tu confirm berongga sb saya  perap 4 jam..anak memang tak sentuh kek ni sb tak suka...

Bahannya;
1 cwn gula pasir
1 cwn air
1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat
1sudu teh soda bicarbonat
4 biji telur
50 gm butter
1 sudu teh  esen vanila
Cara-caranya;
Gula pasir di masak hingga nampak perang coklat,tutup api masukkan air 1 cawan tadi masak semula hingga gula hangus tadi cair semula ,bila mendidih masukkan butter,bila butter cair tutup api,ketepikan.
Tepung gandum tadi di ayak dengan soda bicarbonat.
Pukul telur kembang tapi jangan lama campurkan susu pekat bila sebati ,masukkan tepung yang di ayak tadi perlahan lahan pukul lagi dengan kelajuan minima.
masukkan air gula hangus sedikit sedikit,whisk hand biar sebati.boleh lah di perap selama 4 jam.
bila cukup masa,boleh lah di bakar atas dapur dgn api kecil @ oven 160 " masa 45 minit,tunggu betul2 masak ,sejuk boleh potong...








No comments:

Post a Comment