Sunday, 17 November 2013

TRESEK JANTUNG PISANG

Tresek jantung pisang ini adalah masakan kelantan,  boleh di katakan yg famous juga lah,kerana di jd kan lauk sampingan  selain lauk2 lain ,terutama di majlis2 kenduri kendara di kg2,dalam masakan tu selain jantung pisang di campur dgn hati dan pedal ayam,juga kaki dan leher ayam.kalau di masuk kan daging ayam rasanya kurang serasi pula.. bahan2 yg saya buat ni mungkin tak sama bagi setengah orang..bagi yg nk cuba bolehlah tinjau resepinya...

BAHAN_BAHANNYA;
1 biji jantung pisang (jantung pisang berangan lg sedap)
 kepak ayam ,kaki .hati , pedal dan leher ayam-kalau nk lebihkan lg sedap
12 biji bawang merah
1 inci halia
11/2 inci lengkuas
3 sudu besar rempah kerutuk
3 sudu kicap pekat-tak ada dlm resepi asal
11/2 cawan santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula melaka,garam,serbuk secukup rasa

 Cara membuatnya;
Jantung pisang di potong2  bulat di basuh dan toskan.
bawang merah,lengkuas,halia di kisar halus.
panaskan minyak tumis bahan kisar td,masuk rempah kerutuk kacau2 rata bila pecah minyak masukkan ayam td.tunggu ayam masak masukkan kicap juga jantung pisang , kacau2 biar sebati dgn rempah td.
boleh di masukkan santan,gula melaka,garam,serbuk perasa secukupnya.masak lah hingga jantung pisang td betul2 lembut dan kuahnya pekat,tutup api boleh di angkat.




Biasanya saya buat tresek ni guna jantung pisang berangan atau pisang kapas
yg jenis lain mungkin pahit ,boleh makan juga tapi kena rendam air garam dulu....



sudah siap dimasak









No comments:

Post a Comment