Thursday, 16 October 2014

KESUKAAN

Assalamualaikum...

Dalam duk terjah dr blog ke blog ,jumpa blog ni disini ,terpegun di buatnya dengan warna warni bunga2 rose jepun yg memang kesukaan saya,semangat berkobar semula dan nampaknya cuti panjang saya sb duk renovate umah akan saya pendekkan sb nak mulakan versi baru ni..Alahai bila bercakap tentang bunga2 ni buat saya tak lelap tidur malam sb sudah sebati dgn jiwa yg gila bunga bungaan ni...

InsyaAllah kalau ada rezeki bunga2 saya menjadi saya akan snap gambar untuk pamirkan,buat masa ini hujan turun tak menentu nak bergadener pun slow..
Bercakap mengenai berkebun ni,pendek kata kalau tak ada tugasan lain,rasa2 nak duk di laman seharian membelai bunga2 yg ada...

sebahagian bunga2 yg saya terlupa membelainya....

kasihan rose jepun ku,sb tuan nya cuti panjang...
tapi jangan bimbang aura gedener sudah kembali...

menyelit ,menumpang je...
mujurlah butterfly ni rajin berbunga



Suka pada bunga bungaan menjadi satu terapi untuk hilang strees dan memberi aura ceria,tak rugi gila bunga asalkan tak menganggu rutin rumahtangga...dok gitu eh?
Cik Asben saya pula suka tanam pokok buah dan pokok herba je...tapi berbaloi sb apa di tanam nya ada hasil dan boleh di makan..

ini lah sebahagian hasil cik Asben saya..



Anak2 pula tahu kesukaan uminya,tak membantah kerenah saya bila di suruh mengalih pasu2 di laman,mereka cuma menunggu arahan saja untuk mengangkat pasu2 bunga,sambil bergurau anak2 kata "tak rugi masuk aktiviti di gim untuk tuff body boleh angkat pasu umi" pandai pulak anak2 saya membodek sb petang2 boleh pergi gim, adui ..over bajet la sb masuk kena bayar dan siap makan protin lagi...

inilah hero saya tugasnya dlm hal2 mengalih pasu2 saya

No comments:

Post a Comment